Tempat Menarik di Melaka. Nombor 5 tu Ramai Yang Belum Cuba
Tempat Menarik di Melaka. Nombor 5 tu Ramai Yang Belum Cuba. Kalau dah namanya bercuti ke Melaka, haruslah terbayang zaman-zaman sejarah, bangunan merah semua kan?
Tapi ramai yang tak tahu, di Melaka ni walaupun terkenal dengan tempat bersejarah tapi terdapat juga tempat yang best untuk kita jalan-jalan dan lepaskan tension.
Jom jelajah Melaka dengan satu per satu tempat yang saya akan kongsikan ni.

MELAKA RIVER CRUISE
Tak semua yang datang Melaka akan naik cruise ni, tapi kalau berpeluang, korang cuba lah naik sekali. Feeling dia memang best. Biasanya yang ada buat macam ni mostly dekat Thailand je banyak. So, dekat Melaka pun ada gais.
Apa yang korang dapat dengan menaiki bot ni, pengalaman menyusuri sungai Melaka selama 45 minit. Sambil itu, anda boleh menikmati banyak lukisan mural yang dilukis di bahagian belakang Jonker Walk dan Kampung Morten.
Tidak ketinggalan untuk melihat bangunan-bangunan bersejarah peninggalan Belanda pada waktu siangnya.

Jika naik pada waktu malam, anda berkesempatan merasai suasana angin yang sepoi-sepoi bahasa dan cahaya lampu berwarna warni yang menerangi kawasan tersebut.
Kalau pergi berpasangan tu, ada lah wujud sedikit suasana romantik. Harga tiket pun murah je. RM25 untuk dewasa dan RM15 untuk kanak-kanak. Buka setiap hari bermula jam 9.00 pagi hingga 11.30 malam.

KOTA A FAMOSA
Tempat yang menarik untuk kita pergi. Mostly dekat sini ramai yang datang untuk bergambar je lah. Sebab dekat sini betul-betul macam tempat peninggalan sejarah untuk kita kenang betapa susahnya atok nenek moyang kita nak merdeka kan Malaysia ni.
Sebab Portugis tersangatlah kuat di kota ini pada satu masa dahulu. Lebih kurang 400 orang tawanan Melayu yang dikerah untuk siapkan kubu pertahanan mereka ni.

Ia mula dibina selepas Portugis berjaya tawan Negeri Melaka dan tawan askar-askar Melayu pada zaman itu. Disekeliling kubu itu terdapat lebih 70 buah meriam kesemuanya.
Selama 100 tahun, Portugis berjaya bertahan di kota Melaka ini walaupun diperangi dan diasak oleh Belanda, Johor dan juga Acheh. Kesemuanya tumpas namun Portugis akhirnya tewas di tangan Belanda pada tahun 1941.

STADTHUYS MELAKA
Tempat wajib datang sebagai BUKTI anda sudah sampai ke Melaka. Tempat ni dikenali juga sebagai Bangunan Merah. Dulunya, tempat ni menjadi hak milik Belanda. Ia dibina selepas Belanda kalahkan Portugis pada tahun 1941.
Bangunan ini dahulunya dikenali sebagai Town Hall Belanda. Ini kerana selepas tumpasnya Portugis, ia terus dibina untuk tujuan mentadbir kota Melaka.

Tapi sekarang, tempat ini sudah menjadi Port Abang Beca mencari sumber rezeki. Dengan membawa para pelancong pusing keliling bangunan bersejarah ini.
Masuk ke Kawasan tersebut adalah PERCUMA. Untuk menaiki beca RM25 untuk 1 beca dan boleh dinaiki maksimum 2 dewasa atau 1 dewasa dan 2 kanak-kanak.

MUZIUM KESULTANAN MELAYU
Muzium ini dibina berhampiran Kota A Famosa dan diperbuat daripada kayu cengal. Ia kaya dengan seni ukiran Melayu.
Istana ini dibina mirip Istana Mansur Shah. Oh ya! Muzium ini bukanlah muzium yang pernah didiami oleh kesultanan Melayu pada zaman dahulu, bahkan ianya dibina sebagai replika semata-mata.

Terdapat 1,300 jenis artifak yang ada dalam muzium ini berbentuk barang-barang lama dan juga patung yang merakamkan sejarah pertempuran Hang Tuah dan Hang Jebat.
Harga tiket untuk masuk ke muzium ini hanya RM6 dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak

MENARA TAMING SARI
Wah!! Tempat menarik ni jangan dilepaskan peluang untuk menjejaki ke Menara ni. Boleh tengok bandaraya Melaka ni dari tempat tinggi. Memang best!
Menara ini mempunyai 110 meter dan ia bergerak dari atas ke bawah dan berputar secara perlahan-lahan.

Untuk menaiki Menara ini, perlulah membayar tiketnya dahulu. Harga tiket dewasa RM17 dan RM11 untuk kanak-kanak. Tempat ini dibuka setiap hari bermula jam 10 pagi sehinggalag 11 malam.

MARITIME MUZIUM
Muzium maritime ini diberi nama kerana terdapat kapal-kapal bersejarah dari zaman Kesultanan Melaka dan Portugis.

Kita juga berpeluang untuk melihat bagaimana kekuatan tentera maritim memainkan peranan penting dalam menentukan pihak yang berkuasa pada zaman tersebut.
Tiket masuk ke muzium Maritim ini RM5 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak.

ZOO MELAKA
Zoo melaka merupakan zoo yang terbaik di Malaysia. Ia juga merupakan zoo kedua terbesar di Malaysia selepas Zoo Negara.
Zoo ini menempatkan lebih kurang 1,200 haiwan daripada 215 spesis yang pelbagai. Siapa yang pernah sampai ke sini, akan rasa seronok dan tenang kerana selain menempatkan binatang yang pelbagai, ia juga di kelilingi pokok-pokok yang menghijau.

Sengaja Pihak Zoo Melaka ini menanam tumbuhan-tumbuhan menghijau ini supaya dapat mewujudkan suasana seakan-akan kawasan hidupan liar di dalam hutan hujan tropika.
Yang mana ada anak-anak, boleh lah bawa ke sini. Suasana yang redup memudahkan untuk kita berjalan-jalan dengan tenang. Harga tiket RM25 dewasa dan RM15 kanak-kanak.

MELAKA WONDERLAND THEME PARK
Dah sampai Melaka, tak singgah mandi manda dekat Melaka Wonderland Theme Park memang tak sah lah jawabnya. Bukan anak-anak je seronok tapi mak ayah pun boleh sama-sama enjoy sebab ada banyak game yang sesuai untuk main di sini.
Antara game yang ada dan boleh kita main seisi keluarga ialah, WaterSlide, Lazy Cum Crazy Pool, Adventure Island, 1 Big Wave pool dan banyak lagi lah. Haa, anak-anak confirm sayang! Hehee

Taman tema air Melaka ini dikelilingi dengan hutan semulajadi yang berkeluasan 360 hektar. Tiket masuk RM36.00 untuk dewasa dan RM29.00 untuk kanak-kanak.
Dah berpenat lelah jalan-jalan boleh lah rest sikit dengan sejukkan badan dengan mandi di taman tema air Melaka ni.

PANTAI KLEBANG
Antara pantai yang paling terkenal di Melaka. Dan wajib singgah sebab di sini juga terdapat Coconut Shake Klebang yang pernah viral di media sosial beberapa tahun lalu.
Tak dapat dinafikan, bukan sekadar viral saya sendiri pernah merasai Coconut Shake ini memang terbaik!
Petang-petang bawa keluarga jalan-jalan dan makan angin tepi pantai ni memang best! Dengan angin pantai, dan ramai peniaga yang berada di tepi – tepi jalan menyajikan makanan dan minuman. Tak terlepas juga yang jual layang-layang pun ada.

Kalau ke Pantai Klebang ni, boleh sewa kuda untuk bersiar-siar, main belon di bawah pokok-pokok rendang dan bermain laying-layang di tanah lapang.
Boleh mandi manda di sini, cuma tak digalakkan sangat sebab airnya agak keruh. Biasanya yang datang ke sini, untuk menikmati udara pantai yang sepoi-sepoi bahasa.

FREEPORT A’FAMOSA OUTLET
Terakhir sekali, Freeport A’Famosa Outlet. Jika di Johor ada JPO (Johor Premium Outlet) dan Genting Premium Outlet (GPO). Begitu juga Melaka Premium Outlet yang terletak di Freeport A’Famosa Outlet.
Ia merupakan sebuah shopping mall yang menempatkan lebih 70 buat lot kedai barangan berjenama dan dibina di Alor Gajah Melaka.
Perjalanan ke sana, dari tol Alor Gajah mengambil masa kurang 10 minit sahaja. Shopping mall MPO ini direka dengan rekaan yang unik siap dengan replika kincir angin.

Siapa yang berkelapangan singgah lah ke MPO ini sebab ianya menjadi tempat tumpuan ramai pengunjung ke Melaka ini.
Ia disebabkan harga barangan di sini jauh lebih murah dan berpatutuan berbanding dengan mall lain yang ada di Melaka.
MPO (Melaka Premium Outlet ini dibuka pada setiap hari bermula jam 10 pagi hingga lah jam 10 malam.
Secara kesimpulannya cukup lah dulu tempat yang mesti anda lawati kalau sampai ke Melaka ini.
Bukan sahaja menjadi pilihan guru-guru untuk membawa anak murid aktiviti lawatan sambal belajar, Melaka juga turut menjadi pilihan pelancong asing untuk mengetahui sejarahnya.
Jadikan percutian anda berbaloi dengan 10 tempat wajib jelajah di Melaka ini. Semoga perkongsian ini dapat membantu anda membut pilihan yang tepat untuk bercuti di Melaka.
#NotaCutiBajet : Kalau bercuti biasanya kami akan follow tips dalam Panduan Hotel untuk stay hotel dengan harga bajet ( http://bit.ly/InfoPortCuti )