Beli 1 Tiket Percuma 1, Jom Mandi Manda Sakan Ke Adventure Waterpark Ni!

0 3,762

Adventure Waterpark kat Johor ni dah dibuka semula guys! Wahh bestnya. Dah lama tak mandi waterpark dengan family selepas quarantine ni. Sempena pembukaan semula ni, mereka tawarkan tiket beli 1 percuma 1 dengan harga hanya RM59 (dewasa) dan RM39 (kanak-kanak) je.

Memang ramai yang dah kempunan nak mandi manda kat waterpark sepanjang tahun ni kan. Grab the chance now. Dibuka setiap hari Khamis hingga Ahad dari jam 10 pagi hingga 6 petang. Termasuk cuti am dan cuti sekolah.

Promosi ni dibuka dari 9 Julai hingga 31 Ogos 2020. Ada masa lagi ni nak sambar tiket murah ni!

SALAH SATU WATERPARK TERBESAR DI MALAYSIA

Terkenal dengan nama Desaru Adventure Waterpark, tempat ni diberi konsep kampung-themed sebab persekitarannya penuh dengan pokok-pokok.

Dengan keluasan lebih kurang 25 ekar, waterpark ni ada banyak aktiviti menarik sama ada dalam air atau permainan darat. Lebih kurang 20 slides, rides dan macam-macam lagi. Confirm anak-anak seronok main kat sini.

Ada permainan yang penuh trilled, dan ada yang santai. Sesuai untuk dewasa dan kanak-kanak.

Jom tengok apa yang ada di sini:

Tidal Wave Beach

Meruapakan salah satu wave pool yang terbesar di dunia. Wahhh. Dasyatnya. Ramai pengunjung boleh masuk ke dalam kolam wave ni dalam satu masa. Pengunjung boleh berendam dan berehat santai atas pelampung sambil nikmati wave dan pemandangan sekitar waterpark.

ADA 13 SLIDES BERBEZA UNTUK KANAK-KANAK

Kids Ahoy

Merupakn ruang permainan untuk kanak-kanak yang sangat luas dan pelbagai. Paling seronoknya ada pancutan air besar sebagai tarikannya. Selain dari tu, waterpark ni boleh dikatakan antara yang paling best di Malaysia disebabakan oleh 13 water slide yang dibina khas kat zone kanak-kanak ni. Tak payah ibu bapa nak risaukan kegembiraan anak-anak.

Jom tengok resort ada taman tema di Pahang ni untuk port percutian mandi manda bersama keluarga!

ADA GELONGSOR YANG KILLER

Riptide

Yang ini antara tarikan paling syok untuk orang dewasa pula. Sliding ni akan bawa kita ke sudut yang curam dengan kelajuan yang pantas, sebelum terus gelongsong masuk ke dalam air. Best kan! Sesuai pada mereka yang suka permainan trilled.

The Tempest

Satu lagi permainan thrilling dengan gelongsor terowong yang high energy. Lebih kurang permainan Riptide juga, gelongsor ni bawa kita dengan kelajuan yang tinggi dan turun laju ke water splash setinggi 24 kaki. Kat tengah-tengahnya ada pusaran yang berpusing. Mencabar tapi menyeronokkan!

Kraken’s Revenge

Dengan gabungan roller coaster dan bot papan, permainan ni akan bawa kita riding setinggi 30 meter dari parasa bawah. Kemudian akan buat pusingan 360 darjah sebelum turun setinggi 27 meter ke kolam air dengan water splash di bawah. Boleh dikatakan permainan paling favorite pengunjung di sini.

Penawar River

Tak sah lah kalau kat waterpark tak ada kolam aliran air seakan-akan sungai. Kat kolam sungai ni pengunjung boleh bermain air sambil duduk atas pelampung secara santai.

Surf Wall

Tak berani nak main surfing kat laut, kat waterpark ni pun boleh layan permainan surfing. Kat sini ada simulasi surfing yang selamat pada beginners yang nak mencuba. Jangan risau, ada staff yang akan sentiasa pantau dan membantu.

Swinging Ship 

Replika pirate ship ni antara yang digemari semua lapisan umur. Nampak je simple. Tapi pergerakannya mencuram sebanyak 180 darjah. Best pada yang suka adventure ride.

Banyak lagi tarikan lain yang ada di Desaru Waterpark ni. Bukan je permainan yang best-best, tapi pemandangan yang cantik dan menarik sebab kawasan luas yang penuh menghijau.

Untuk menjamu selera, kat sini ada banyak food outlet yang boleh menjadi pilihan.

Apa lagi, jom ke sini sementara promosi masih dibuka dan belum fully booked. Dan jangan lupa patuhi peraturan SOP yang telah ditetapkan sepanjang musim PKPP ni. Segala maklumat SOP boleh diperolehi dari pihak waterpark.

Nama: Desaru Adventure Waterpark

Alamat: Persiaran Pantai, Desaru Coast, 81930 Bandar Penawar, Johor

No phone: 07-878 3828 / 07-878 3800 (Isnin- Jumaat dari 9am hingga 5.50pm)

Leave A Reply

Your email address will not be published.

https://heylink.me/mandartoto

rumah88

slot server thailand

slot bet 100 perak

slot pusatgame

slot spaceman

slot deposit qris

slot gacor hari ini

masterjp

masterjp

masterjp

giok777

nagatop

slot bonus new member

slot bonus new member

slot bet 100

slot gacor bet kecil

nagatop

spaceman slot

situs togel

pedoman4d

slot bet 100